fbpx

Resepi Kuih Seri Muka, Mudah Dan Sedap Dengan Rasa Lemak Manis

iCookAsia

Mesti ramai suka makan Kuih Seri Muka kan? Kuih tradisional kegemaran ramai sepanjang masa. Sangat sedap dengan rasa lemak manis lagi. Bukan itu sahaja, nak buat pun mudah sahaja dan bahan-bahan yang mudah didapati.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Masni Bahari perkongsian resipi Kuih Seri Muka ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk Lapisan Bawah):

1 cawan beras pulut (basuh dan rendam 1 jam)

1 cawan santan cair

1 sudu kecil gula

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, satukan semua bahan dan kukus sampai pulut masak.
  2. Apabila sudah masak, tuang dalam acuan serta padat-padatkan ia.
  3. Ketepikan.

Bahan B (Untuk Lapisan Atas):

1 kotak santan (200 ml)

1 kotak air pandan (guna kotak santan)

Setengah cawan gula (Kalau nak manis boleh tambah)

3 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar tepung jagung

1 biji telur

Pewarna hijau (Kalau nak guna, boleh guna sedikit)

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, satukan semua bahan dan kacau serata. Blend kan.
  2. Kemudian, masak sekejap atas api yang perlahan.
  3. Kacau dan apabila sudah agak-agak suam, sudah boleh tuang atas pulut tadi.
  4. Kukus selama 40 minit dengan api sederhana.
  5. Akhir sekali, apabila sudah masak angkat dan sejukkan. Boleh potong.

Adunan ini adalah menggunakan loyang 5 inci.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Masni Bahari(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x