Kuih tradisi, Kuih Karipap ini telah menjadi kegemaran ramai orang sejak dahulu lagi. Ada yang kata susah untuk buat, lebih-lebih pada pembuatan kepilan hujung akhir karipap itu. Perlu kemas-kemas baru menjadi. Tetapi dah zaman moden ini, senang je nak buat dengan menggunakan acuan karipap yang anda boleh dapatkan di mana-mana sahaja.
Haa, tercari-cari mana satu resepi Karipap yang terbaik? Ini dia, Admin kongsikan resepi daripada seorang pengguna Facebook. Katanya, sudah ramai yang mencuba dan terbukti betul-betul sedap dan rangup!
Terima kasih Fadila Sofia untuk perkongsian resipi Kuih Karipap ini 🙂
Bahan Bancuhan Tepung (kulit karipap):
1/2 kilo tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1 cawan air sejuk dari peti ais
1 sudu kecil garam
Bahan Inti:
4 biji kentang (potong dadu kecil)
Sedikit ayam/daging (cincang)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Sedikit daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak kulit karipap:
- Panaskan minyak sehingga betul-betul panas dan masukkan ke dalam tepung.
- Kacau dengan senduk dan kemudian dengan jari sampai berderai.
- Masukkan air. Uli sehingga sebati.
- Bahagikan bancuhan bulat-bulat sesuai untuk saiz 1 biji karipap. Rehatkan sekejap doh tersebut.
- Nipiskan doh (jangan terlalu nipis). Masukkan inti, kemudian kelim atau guna acuan karipap.
- Goreng dengan api perlahan.
(Cara Membuat Inti)
- Tumiskan bawang besar dan putih sehingga naik bau.
- Masukkan rempah dan daun kari. Masak rempah seketika kemudian baru masukkan ayam/daging, dan diikuti dengan kentang. Perasakan dengan garam dan gula sedikit. Boleh perasakan dengan kiub pati ayam.
- Masak sehingga ayam/daging masak dan kentang lembut. (Inti jangan terlalu berminyak dan berair, biar betul-betul kering).
*Pernah buat bancuhan tepung tanpa panaskan minyak. Alhamdulillah menjadi juga cuma kurang rangup.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Fadila Sofia (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos