Anda pernah dengar Kuih Dangai ini? Kuih ini merupakan kuih yang sudah jarang dibuat dah. Tidak ramai yang tahu. Kebiasaannya orang-orang Utara yang membuat hidangan ini. Rasanya yang berlemak dan masin, memang sedap dimakan panas-panas.
Haa, daripada ianya ketinggalan dek zaman, jom kita warisi Kuih Dangai ini pada generasi akan datang. Sudah pastilah kita perlu mulakan dahulu. Jom buat!
Terima kasih Nana Bj untuk perkongsian resipi Kuih Dangai ini 🙂
Bahan-bahan:
3 cawan kelapa parut
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula putih
Sedikit garam
Cara membuat:
- Campur semua bahan gaul betul-betul sebati.
- Sediakn loyang 6/7 inci.
- Masukkan bahan kedalam loyang. Jangan ditekan ya, cuma hentak-hentak bagi serata.
- Kemudian masukan kedalam oven, bakar selama 30 minit.
- Panaskan oven dan bakar pada suhu 180c. Api atas bawah.
*Lebihan kelapa yang bertabur tu jangan buang ye, boleh makan dengan pisang tau, sedap rangup dan wangi.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nana Bj (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos