fbpx

Resepi Kuih Bakar Menggunakan Sukatan Cawan. Sangat Lembut Dan Sedap!

iCookAsia

Kuih Bakar ini merupakan salah satu kuih tradisional dan masih dimakan oleh ramai orang. Boleh dikatakan kuih kegemaran ramai sepanjang masa. Dengan rasa nya yang crunchy di luar tapi sangat lembut bila dimakan.

Bukan itu sahaja, mesti selalu jumpa kuih ini pada bulan puasa. Jom kita try buat.

Terima kasih untuk Asiah Muhammad perkongsian resipi Kuih Bakar ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan santan

2 cawan tepung gandum

1 cawan air daun pandan

1 cawan gula

3 biji telur

Secubit garam halus

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, blend kan daun pandan dalam 6 helai dengan secawan air.
  2. Seterusnya, dalam mangkuk besar, satukan semua bahan dan kacau sehingga tidak ada bunyi geseren gula.menandakan adunan sudah elok.
  3. Oleskan loyang dengan butter atau marjerin.
  4. Masukkan adunan dalam loyang,bakar api atas bawah dengan suhu 180 selama 40 minit.
  5. Selepas itu, tukar api atas sahaja selama 10 minit untuk dapatkan kerak atas.
  6. Akhir sekali, taburkan bijan untuk hiasan dan lagi sedap masa 10 minit terakhir itu.

Pastikan guna cawan yang sama untuk setiap sukatan tersebut.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asiah Muhammad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x