fbpx

Resepi Kuah Kacang, Resepi Turun Temurun Daripada Arwah Mertua. Kuah Pekat Likat!

iCookAsia

Apabila disebut hidangan Kuah Kacang, pasti teringat pada Ketupat, Lontong dan Sate Pendek kata, musim perayaan. Setuju? 

Tetapi tidak salah kan untuk kita nikmati hidangan Kuah Kacang ini pada hari-hari biasa? Kalau kita dapat hidangan turun-temurun ni pasti sedap. Jom cuba!

Terima kasih Marlina Murat untuk perkongsian resipi Kuah Kacang ini 🙂

Bahan-bahan:

500 gram kacang tanah (digoreng tanpa minyak sehingga garing dan masak. Kacau sentiasa.

Bila dah garing angkat dan buang kulit dan tumbuk sederhana kasar)

*10 ulas bawang merah kecil

*4 ulas bawang putih

*1 inci kunyit hidup

1 inci halia (diketuk)

4 batang serai (diketuk)

2 keping asam keping

3 cawan santan

3 senduk cili kisar

Minyak masak

2 inci gula melaka

2 sudu gula pasir(nak manis sila tambah)

1 cawan air

Sedikit garam

Cara memasak:

  1. Kisar atau tumbuk bahan yang bertanda (*).
  2. Panas kuali dan tumis bahan kisar, cili kisar, halia dan serai. Masak hingga garing.
  3. Masukkan air dan asam keping dan biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan santan diikuti kacang yang telah ditumbuk atau dikisar.
  5. Masukkan gula melaka,gula putih dan garam.
  6. Biarkan mendidih, sekali sekali di kacau. Jika pekat, tambah sedikit air
  7. Masak hingga terbit minyak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Marlina Murat (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x