fbpx

Resepi Kek Pisang Kukus, Senang Sahaja Dan Paling Penting, Rasa Sedap!

iCookAsia

Mesti ramai yang suka baking tapi cuma tiada masa untuk membuatnya. Jadi, boleh buat resepi Kek Pisang Kukus ini, sangat senang dan sedap. Memang tak akan jemu orang kata dengan rasa nya yang tidak muak.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nora Zara perkongsian resipi Kek Pisang Kukus ini 🙂

Bahan-bahan:

5 biji pisang (anggaran)

1 cawan gula

2 cawan tepung

1 cawan minyak

3 biji telur

1 sudu soda bikarbonat

1 sudu baking powder

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, blend kan minyak, telur dan pisang.
  2. Kemudian, ayak tepung bersama soda dan baking powder.
  3. Masukkan bahan yang sudah di blend ke dalam tepung.
  4. Akhir sekali, kacau rata dan kukus.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nora Zara(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x