Kepada peminat kek di luar sana, kali ini anda wajib cuba tau resepi Kek Pisang ini. Sangat sedap rasanya dengan gebu dan lembut tau kek ini. Kalau buat satu je, confirm tak cukup. Dengan rasa moist nya, Admin rasa nak buat juga nanti.
Jom kita try.
Perkongsian resipi ini daripada iCookAsia 🙂 Â
Bahan-bahan:
1 cawan tepung (diayak)
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan pisang tumbuk
1/4 cawan mentega cair
1/4 cawan minyak sayuran Canola
3/4 cawan gula perang muda
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan cip coklat
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan ketuhar selama 120 ËšC.
- Di dalam mangkuk, campurkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan garam. Setelah itu, ketepikan.
- Masukkan pisang yang telah dilecek, mentega dan minyak ke dalam mangkuk adunan yang besar. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan gula merah, telur dan esen vanila dan kacau sehingga rata.
- Seterusnya, masukkan bahan-bahan kering ke dalam bahan-bahan basah. Kemudian masukkan 3/4 cawan cip coklat.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan taburkan cip coklat di atasnya.
- Akhir sekali, bakar selama 50 hingga 60 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity