Sudah habis puas makan Kuih Raya? Kalau dah, apa kata kita asah pula skills membuat kek dengan mencuba resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. Membuat Kek dengan menggunakan bahan seperti Pandan dan Kaya ini, sudah pasti membuahkan hasil yang sedap dan harum semerbak apabila siap membakar. Tak percaya? Moh ler cuba buat!
Terima kasih Indah Nur Irdina untuk perkongsian resipi Kek Pandan Kaya ini 🙂
Bahan A
6 biji telur (disejukkan) telur gred A
170 gram tepung superfine
85 gram tepung jagung
1 sudu teh baking powder
145 gram gula kastor
1 sudu besar Q75/ovalette
1 sudu teh essen pandan
1 sudu teh pewarna hijau
¾ cawan air sejuk
Bahan B
½ cawan butter cair
Cara membuat:
- Campur semua bahan A dan mesin dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.
- Masukkan butter cair kacau dengan menggunakan sudip.
- Bakar dan biarkan sejuk.
- setelah sejuk bolehkah di lapiskan dengan kaya.
Bahan untuk kaya:
¾ tin susu cair
1 tin air sejuk
10 gram agar-agar serbuk
¾ cawan gula
3 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
Pandan oil dan pewarna hijau
Cara membuat Kaya:
- Masak semua bahan sehingga mendidih dan pekat (guna api perlahan).
- Apabila masak lapiskan dengan kek
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Indah Nur Irdina (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos