fbpx

Resepi Kek Pandan Jelita. Pastikan Api Atas Bawah Untuk Hasil Yang Garing Di Luar, Lembut Di Dalam.

iCookAsia

Cantik kan kek ini? Boleh potong cantik-cantik, nak makan pun sayang. Jom cuba resipi ni. Minum petang kan best kalau minum teh o sekali dengan kek.

Terima kasih Ida Radzi untuk perkongsian resipi Kek Pandan Jelita ini 🙂

Bahan-bahan:

5 helai daun pandan

3/4 cawan santan + secubit garam 

*Kisarkan keduanya dan perah hingga dapat 3/4 cawan santan pandan

5 biji telur

1/2 cawan gula pasir

1 1/2 cawan tepung gandum

1/2 sudu kecil baking powder

1 sudu besar ovalette

1/2 cawan minyak masak

Cara membuat:

  1. Mix kan telur, gula, ovalette hingga gebu.
  2. Masukkan santan pandan tadi dan mix lagi.
  3. Masukkan tepung, baking powder dan mix kan sebati.
  4. Masukkan pula minyak dan mix sebati.
  5. Asingkan sedikit adunan yang ditambah pewarna untuk corak.
  6. Masukkan kedalam loyang yang telah disapu majerin atau boleh guna baking paper.
  7. Tompokkan adunan berwarna tadi dan lorekkan.
  8. Bakar pada suhu 175°c selama 1 jam atau sehingga masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ida Radzi (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x