fbpx

Resepi Kek Nenas Mudah Dan Sedap Betul! Best Ni Makan Untuk Makan Petang.

iCookAsia

Dah bosan Kek Coklat biasa kan? Jom kali ini beri kelainan pada hidangan makan petang anda dengan membuat Kek Nenas ini. Nampak cantik betul hasilnya. Kalau tertanya-tanya bagaimana rasanya, boleh lah cuba resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. 

Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Kek Nenas ini 🙂

Bahan untuk Susunan Nenas:-

3 sudu besar buttercup (dicairkan)

1/4 cawan gula perang 

Beberapa keping nenas dalam tin

Beberapa biji ceri merah

Caranya:

  1. Cairkan buttercup dan sapu rata di sekeliling loyang.
  2. Taburkan gula perang.
  3. Susun nenas dan ceri. Kemudian ketepikan.

Bahan untuk Bancuhan tepung

1/2 buku buttercup (125g)

3/4 cawan gula

4 biji telur

1/4 cawan susu segar

3 sudu besar (15 ml) air nenas 

1 sudu kecil esen vanilla

2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

Cara membuat:

  1. Dalam mixer, putar buttercup dan gula. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi hingga kembang.
  2. Masukkan susu segar, air nenas dan vanilla.
  3. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum dan baking powder. Kacau hingga sekata.
  4. Tuangkan bancuhan bahan ke dalam loyang yang telah disusunkan dengan nenas.
  5. Panaskan oven dan bakar bancuhan 180C selama 30-40 minit (bergantung kepada kepanasan oven masing-masing).
  6. Apabila sudah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.

 Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x