fbpx

Resepi Kek Lapis Cheese Yang Lemak Berkrim. Confirm Mudah Dan Sedap!

iCookAsia

Kalau sebut berkaitan Kek Lapis ini mesti teringat pada Kek Lapis Sarawak je kan? Untuk perkongsian resepi kali ini, bukannya resepi tradisi tapi ini dia cara modern. Tapi masih sedap dan menyegarkan lebih-lebih lagi jika hidangan itu sejuk. 

Ini dia resepi Kek Lapis Cheese yang confirm lemak berkrim. Rugi tau tak cuba buat sebab nampak sangat menyelerakan. Perfect for Dessert

Terima kasih Oni Omar untuk perkongsian resipi Kek Lapis Cheese ini 🙂

Bahan-bahan:

20 keping biskut marie mengikut perisa apa yang anda suka (original/chocolate/coffee)

1 cawan susu segar

250g cream cheese

100g whipping cream non-dairy

3 sudu besar gula kastor

1 sudu besar gelatin halal

50 ml air panas

Cara membuat:

  1. Putar cream cheese dengan gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping cream hingga kental. Campurkan kedua-duanya dan gaulkan bersama dengan spatula.
  2. Cairkan gelatin dengan air panas. Bila telah hancur, tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau hingga rata dan sebati.
  3. Sediakan bekas/loyang dengan dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.
  4. Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejap jangan sampai lembik.
  5. Lapiskan satu persatu dengan adunan cream cheese tadi sehingga habis.
  6. Bekukan dalam 1-2 jam. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Oni Omar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x