Kek Coklat Kukus ini sangat mudah untuk dibuat. Ramai juga yang dah pernah cuba dan buat di rumah. Tetapi apa yang membuat resepi ini lagi mudah ialah kesemua bahan yang diperlukan hanya menggunakan sukatan cawan. Tak perlu susah-susah fikir berapa gram untuk bahan yang nak guna kan?
Terima kasih Elisya Maisarah untuk perkongsian resipi Kek Coklat Kukus ini 🙂
Bahan-bahan Untuk Dikisar:
3 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
Cara membuat:
Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar selama 5 minit.
Bahan-bahan Untuk Diayak:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Cara penyediaan:
1. Masukkan sekali dengan adunan yang di kisar tadi.
2. Kukus selama 45 minit.
Amacam? Mudah kan? Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Elisya Maisarah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/