Musim cempedak ni, pasti ramai yang buat Cempedak goreng kan? Kalau masak tu, sampai jiran sebelah boleh bau, hehe. Memang wangi sedap Buah Cempedak ni. Sebab itu lah pengguna Facebook ini tidak meletakkan esen vanilla dalam resepi Kek Cempedak. Memang dah terbukti wangi semerbak bila guna Cempedak untuk buat Kek.
Jom cuba!
Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Kek Cempedak ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula (boleh kurangkan jika tak mahu terlalu manis)
2 biji telur gred A
3 sudu besar susu pekat
4 sudu makan susu cair
2-3 titis pewarna kuning
1 1/2 sudu teh serbuk penaik*
1 1/2 cawan tepung gandum*
6 ulas cempedak saiz sederhana besar (kalau kecil kena lebihkan)
1/2 sudu makan ovalette
Cara membuat:
- Ayak bahan-bahan bertanda (*).
- Masukkan gula dan telur dalam kisar. Kisar hingga kembang.
- Masukkan minyak masak, pewarna kuning dan isi cempedak. Kisar lagi.
- Masukkan susu pekat, susu cair dan ovalette. Blend lagi hingga sebati. Tuang dalam besen.
- Masukkan tepung yang dah diayak. Gaul hingga sebati dan tidak berketul. Ambil sedikit dalam 2 sudu besar untuk letak pewarna.
- Alaskan loyang (saiz 7’) dengan baking paper. Tuang adunan. masukkan adunan pewarna di atas untuk buat topping. Lorekkan ikut kreativiti masing-masing.
- Bakar pada suhu 150′ selama 45 minit atau ikut kepanasan oven masing-masing.
*Resepi ini tidak perlu esen vanila, sebab cempedak dah harum semerbak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos