Resepi Kek Carrot Kelapa ini sangat sedap untuk dicuba, boleh dijadikan menu minum petang. Atau nak makan bila-bila masa pun boleh!
Terima kasih Ruhana Zalina untuk perkongsian resipi Kek Carrot Kelapa ini
Bahan-bahan A (diayak)
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
Secubit serbuk kulit kayu manis (kalau tak suka tak perlu letak)
Secubit garam
Bahan-bahan B (blend kesemuanya)
4 biji telur
1 cawan gula
1 sk esen vanilla
1 cawan minyak jagung/ minyak masak
1 batang carrot sederhana
Bahan-bahan C
2 cawan carrot diparut
1 cawan kelapa kering
Cara-cara memasak:
- Tuang bahan B ke dalam bahan A. Kaup bagi sebati.
- Masukkan bahan C dan gaul lagi.
- Alas loyang dengan baking paper, sapu marjerin atau minyak dan tabur tepung sedikit.
- Tuang adunan kedalam loyang.
- Bakar pada suhu 150/180 ikut oven masing-masing (api atas dan bawah sama suhu)
- Bakar selama 40-50 minit hingga masak.
Topping cream cheese
Bahan-bahan:
250g cream cheee
500g fresh cream@setengah cawan susu segar
3sb susu pekat manis
Cara-cara:
Blend semua bahan di atas. Bubuh dalam bekas atau piping bag, dan boleh letakkan topping di atas kek.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!
Kredit resipi dan gambar: Ruhana Zalina (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos