Dapat makan Kek Batik pun sedap juga kan? Apa kata kali ini anda cuba Kek Batik Indulgence pula. Makin extra kelazatan kek batik ini. Bukan itu sahaja, ia juga lembut dan tidak keras.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Ariana Sofia Ahmad perkongsian resipi Kek Batik Indulgence ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
450 g biskut marie (patah-patahkan)
250 g butter
1 cawan milo (110g)
3/4 cawan susu pekat manis (190 ml @ 250 g)
1/2 cawan serbuk koko (50 g)
1/2 cawan air masak (60 ml @ 50g)
1sk Esen vanilla
Bahan B (Lapisan Cream Cheese):
250 g cream cheese
150 ml whipping cream (Anchor)
1 sudu besar gelatin + (1/4 cawan air panas @ 50ml) – dikacau sebati
3 sudu besar gula custor
1 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan C (Lapisan Coklat):
300 g milk compound coins (beryls)
150 ml whipping cream (Anchor)
1 sudu besar butter
Double boil kan kesemua bahan topping dan kacau sebati.
3 kaedah untuk double boil:
- Panaskan whipping cream atas dapur, apabila sudah panas, tuang terus dalam milk compound dan kacau sehingga sebati bersama butter.
- Masukkan milk compound, whipping cream dan butter ke dalam microwave. Jika sudah panas, coklat akan cair. Buat keluar, kacau bagi sebati.
- Ambik air panas semangkuk. Dalam mangkuk lain letakkan whipping cream, milk compound dan butter ke dalam mangkuk yang lebih besar. Letak mangkuk tersebut atas mangkuk air panas tadi dan kacau sehingga coklat cair. Guna bekas tahan panas.
Cara membuat:
- Mula-mula, patahkan biskut marie, 1 keping patahkan jadi 4.
- Dalam kuali, panaskan butter. Guna api perlahan sahaja supaya butter tidak hangit.
- Apabila butter sudah cair, masukkan terus susu pekat manis dan kacau sebati.
- Kemudian, apabila sudah sebati, masukkan pula milo, serbuk koko dan esen vanila. Yang ini kena kacau laju supaya tidak berketul. Api jangan kuat.
- Seterusnya, sudah sahaja sebati, masukkan terus air masak. kacau sebati dan terus tutup api. Jangan tunggu mendidih.
- Masukkan biskut marie tadi dan kacau sehingga sebati. Pastikan semua tersalut.
- Lapik loyang 9″ dengan baking paper. Pastikan baking paper lebih tinggi dari loyang.
- Ratakan kek dalam loyang dan tekan sehingga padat. Masukkan dalam peti ais. Nak cepat keras, masukkan dalam freezer.
- Sebelum buat lapisan cheese, buat dulu air gelatin. Serbuk gelatin ini dicampur dalam air panas. Kacau bagi sebati dan ketepikan. Gelatin yang halal ada jual di kedai bahan bakery.
- Masukkan cream cheese, susu pekat manis, esen vanila, whipping cream dan gula. Mix kan sehingga adunan menjadi licin dan tak berketul.
- Selepas itu, masukkan air gelatin tadi dan mix sehingga sebati.
- Adunan ini memang nampak cair tapi jangan risau, gelatin fungsinya adalah untuk memejalkan cheese.
- Tuang cheese ke dalam loyang biskut tadi. Tuang di tengah-tengah loyang supaya cheese rata ketepi. Masukkan semula dalam peti ais. Nak cepat, letak sahaja dalam freezer supaya cheese jadi pejal.
- Untuk double boil coklat, panaskan whipping cream dulu.
- Selepas itu, tuangkan ke dalam mangkuk yang sudah letak milk compound dan butter. Kacau sehingga coklat cair dan sebati.
- Tuang coklat ditengah-tengah kek dan biarkan coklat rata ke tepi. Jangan sesekali guna sudu untuk ratakan. Kalau tidak rata, boleh sengetkan loyang supaya coklat bergerak ke tepi. Jika nak nampak coklat licin, buih-buih kecil atas permukaan tersebut cucuk dengan lidi. Buat ketika coklat masih cair.
- Sejukkan dalam peti ais semalaman atau 5 hingga 6 jam.
Tips:
- Untuk potong kek supaya coklat tidak comot, tekan piasau pada kek sehingga rapat sampai ke bawah.
- Walaupun keras, teruskan sahaja dan jagan berhenti kerana nanti biskut akan pecah.
- Seterusnya, tarik sahaja pisau itu keluar. Jangan keluarkan pisau dengan cara tarik semula ke atas, coklat akan jadi comot.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ariana Sofia Ahmad(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity