fbpx

Resepi Kegemaran Ramai, Kek Batik. Simple dan Confirm Menjadi Ni!

iCookAsia

Kek batik antara hidangan yang sangat senang nak buat. Hanya memerlukan beberapa bahan sahaja. Tapi hasilnya dijamin sedap. Makan mesti tak ingat dunia hehe. Anda boleh cuba resepi Kek Batik ini, sangat simple tapi rasa dia memang sedap.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nurul Insyirah perkongsian resipi Kek Batik ini 🙂

Bahan-bahan:

1 ketul buttercup (250mg)

1 cawan susu pekat manis (Boleh kurangkan kalau tak nak manis)

1 atau 1/2 cawan air panas untuk bancuh milo

200 g milo (peket paling kecil)

25 g serbuk koko (botol kecil)

1 peket (300g) biskut marie (Boleh guna apa-apa brand)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, cairkan butter di atas api yang sederhana. Kemudian masukkan susu pekat dan kacau.
  2. Bancuh sepeket milo dengan sedikit air panas, kebiasaannya resepi milo terus masuk dalam butter jadi berketul-ketul, jadi bancuh sahaja milo dan serbuk koko dulu.
  3. Masukkan bancuhan milo dengan serbuk koko dalam butter tadi.
  4. Kacau sebati.
  5. Kemudian tunggu pekat sikit dan boleh tutup api.
  6. Masukkan biskut marie yang sudah dipatah-patahkan
  7. Akhir sekali,  boleh masukkan dalam loyang atau Tupperware dan mampatkan serta masuk dalam peti. Boleh potong dan makan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Insyirah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x