fbpx

Resepi Kegemaran Ramai, Ayam Madu. Tak Puas Makan Satu Je!

iCookAsia

Siapa suka makan Ayam Madu? Dengan rasa manis madu yang menjadikan hidangan ini sangat sedap dan tak muak untuk dimakan. Buat sendiri lagi puas hati. Min pun suka makan menu ni.

 

Terima kasih Kaseh Abadi untuk perkongsian resipi Resepi Ayam Madu ini 🙂

Bahan- bahan:
20 ketul ayam (saiz sederhana)
2 sudu besar serbuk cili Baba’s
5 sudu besar gula (kalau taknak manis boleh kurangkan sukatan, ikut selera masing-masing)
2 sudu kecil garam
1 sudu besar Maggi cukup rasa
1 sudu kecil serbuk black pepper
2 sudu besar madu (guna sudu plastik)
Sedikit ajinomoto (optional)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam bekas atau tupperware bertutup kecuali ayam.
  2. Kemudian, gaul semua bahan sehingga sebati.
  3. Masukkan ayam yang telah dibasuh bersih ke dalam bekas atau tupperware, gaul dan perap selama 4 jam. Boleh masukkan ke dalam peti ais selama tempoh perapan.
  4. Akhir sekali, keluarkan ayam dan bakar dalam pemanggang ajaib sehingga masak sekata guna api yang perlahan.

Tips: Selalu pusing atau kalih ayam madu tersebut supaya tidak cepat hangit atau hangus.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Kaseh Abadi(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x