Apabila menikmati hidangan yang mempunyai isi daging Ayam atau Daging ini, sudah pasti kita nak daging tersebut terasa perisanya dan sedap berjus. Daripada anda menggunakan teknik menggoreng, jom cuba buat cara perapan ini yang menghasilkan Ayam Bakar yang berjus. Sekejap je perap…
Terima kasih Missz Amira untuk perkongsian resipi Ayam Bakar ini 🙂
Bahan-bahan:
Ayam 1 ekorÂ
3 biji Bawang merah
2 biji bawang besar
3-4 biji Bawang putih
1/2 biji Bawang holland
1 inci Halia
2-3 batang Serai
1 sudu Lada hitam
1-2 sudu Cili boh/cili kering (kalau nk pedas boleh lebihkan)
*Dikisar semua bahan di atas
Bahan lain:
Madu
Gula
Garam
Kuib pati ayam
Serbuk perasa
Cara penyediaan:
- Panaskan kuali masukkan minyak yang dicampur dengan butter atau marjerin.
- Tumis semua bahan di atas, masukan bahan-bahan perasa dan agak-agak sudah naik bau, boleh masukkan ayam.Â
- Masak ayam dalam kuali dulu dan balik-balikkan ayam (balikkan sekali dua sahaja).
- Sementara itu, lumurkan bahan perap ke atas ayam sampai ayam separuh masak atau apabila isi ayam sudah kembang. Kemudian ditutup api. Biarkan sejuk.
*Cara ini lebih cepat dan mudah dimana ayam tak perlu perap. Ayam pun lebih lembut dan cepat masak apabila bakar nanti.Â
- Akhir sekali, bakar dalam Air Fryer pada suhu 170-180 selama 30-40 minit.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Missz Amira (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos