fbpx

Resepi Karipap Roti Bijak Tanpa Perlu Uli Tepung, Yang Penting Mudah Je!

iCookAsia

Mesti ramai yang teringin nak makan karipap tapi malas betul nak uli tepung kan? Mana tidaknya, memang akan mengambil masa yang agak lama. Tapi kali ni korang tak perlu risau dah, Admin nak share satu resipi nak buat karipap tapi dengan cara yang sangat mudah. Dengan inti cheese bolognese lagi. Dengar pun dah terliur kan.

Jom Admin share.

Terima kasih Nur Atiqah Othman untuk perkongsian resipi karipap roti ini 🙂

Bahan-Bahan:

Untuk Inti (10  biji)

Minyak masak

5 biji kentang (Dipotong secara dadu)

5 ulas bawang putih (Potong dadu)

1 labu bawang besar (Potong dadu)

Daging kisar secukupnya

1 sudu kecil oregano

1 tin prego tradisi

Separuh tin keju dan herba prego

Garam secukup rasa

Cara penyediaan :

  1. Pertama sekali, goreng kentang sampai masak. Ketepikan.
  2. Bawang putih dan bawang besar ditumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging kisar. Tumis lagi. Kacau sehingga betul-betul masak.
  4. Seterusnya, masukkan sos keju, oregano, sos prego tradisi dan garam dan kacau lagi.
  5. Setelah masak, tutup api dan biarkan sejuk.

Bahan (Untuk roti) :

Roti 10 keping.

Telur 6 biji.

1 cawan Breadcrumb.

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, masukkan roti ke dalam acuan karipap.
  2. Ambil inti dan masukkan dalam roti. Jangan sampai penuh.
  3. Setelah rapatkan acuan. Panaskan kuali. 
  4. Celup roti ke dalam telur.
  5. Kemudian gaulkan dalam breadcrumb.
  6. Sedia untuk digoreng.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Atiqah Othman(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x