fbpx

Resepi Kacang Pool, Sedap Untuk Dicicah Dengan Roti!

iCookAsia

Resepi kali ni dikatakan terkenal di Johor tau. Memang sangat sedap, apatah lagi dicicah dengan roti. Nikmatnya rasa makan kacang pool ini kan. Rasa dia memang sangat padu dan sesuai untuk dimakan bila-bila saja. Buat untuk sarapan pun sedap juga ni. Korang mesti nak cuba kan?

Jom kita buat!

Terima kasih Najwa Abd Razak untuk perkongsian resipi Kacang Pool ini 🙂

Bahan-Bahan:

2 tin kacang pool  (Kimball Medammas Foul) – 1 tin kisar halus dan 1 tin hancurkan kasar

1 kg daging kisar

3 biji bawang merah

6-7 ulas bawang putih

2 inci halia

1 sudu serbuk kari (optional)

1 sudu jintan manis

1 sudu jintan putih

1 sudu kecil ketumbar

Cara penyediaan:

  1. Kisar dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  2. Bahan (Jintan manis, jintan putih dan ketumbar) hendaklah sangai tanpa minyak, kisar halus. Masukkan selepas bawang sudah naik bau. Seterusnya, masukkan juga serbuk kari.
  3. Kemudian, masukkan daging kisar seketika.
  4. Masukkan kacang pool dan tambah air sedikit dan masak sehingga kuah kacang pool kelihatan sedikit pekat. Masukkan garam, gula dan perasa. Seimbangkan rasa mengikut selera masing-masing.
  5. Hidang kacang pool bersama hirisan bawang, cili,tomato, limau dan telur mata serta roti yang dipotong tebal dan disapu sedikit marjerin serta dibakar.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Najwa Abd Razak(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x