fbpx

Resepi Kacang Kuda Goreng Cili Kering. Jangan letak Halba Campur Dalam Masakan, Tak Kena Rasanya.

iCookAsia

Duduk rumah yang tiada penghujung, jadi Admin pasti anda semua mesti asyik makan je di rumah kan. Benda untuk mengunyah pasti tak lepas dari tangan. Kalau anda dah bosan dengan snack atau jajanan biasa tu, jom Admin kongsikan hidangan Kacang Kuda Goreng Cili Kering ini. 

Senang je buat. Rugi tak cuba tau!

Terima kasih Veera Saravanan untuk perkongsian resipi Kacang Kuda ini 🙂

Bahan utama:

Kacang kuda

Caranya: 

  1. Rendam semalaman dan rebus sampai empuk. 
  2. Letak garam dan sedikit kunyit sekali. Kemudian, toskan semua air rebusan.

Bahan-bahan tumisan:

Cili kering (potong kecil-kecil)

Bawang (dipotong halus)

Sedikit biji sawi (jangan letak halba campur, rasa tidak akan kena)

Sedikit Daun kari

Minyak secukupnya

Cara membuat:

  1. Tumis sampai biji sawi meletup-letup. 
  2. Tambah cili kering, bawang dan daun kari.
  3. Apabila sudah wangi tu, masukkan kacang kuda tadi.
  4. Akhir sekali, letak garam secukup rasa dan gaul sebati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Veera Saravanan (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x