fbpx

Resepi Inti Kelapa Ikan Bakar Ini Boleh Buat Untuk Hidangan 9 Ekor Ikan Cencaru. Sedapnya!

iCookAsia

Selain cara hidangan Ikan Bakar, Inti Kelapa yang dihidang bersama Ikan Cencaru juga menjadi kegemaran ramai. Boleh buat terliur menu ini, lebih-lebih lagi pada penggemar Ikan. Betul tak?

Buat yang sudah terliur tu, jom Admin kongsikan resepi Inti Kelapa Ikan Bakar daripada seorang pengguna Facebook ini. Daripada resepi ini, boleh menghasilkan 9 ekor Ikan Cencaru Sumbat. Sedapnya!

Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Inti Kelapa Ikan Bakar ini 🙂

Bahan-bahan:

1 biji kelapa parut

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

20 tangkai cili api

2 batang serai

Kunyit

Garam

1 cawan air

3 helai daun cekur

1 helai daun limau purut

Cara penyediaan:

  1. Hancurkan bawang besar, bawang putih, cili api, serai dan kunyit. 
  2. Masukkan ke dalam kuali bersama kelapa parut, air dan garam.
  3. Kacau rata sehingga sedikit kering.
  4. Taburkan hirisan daun cekur dan daun limau purut. Kacau sekejap dan angkat.

*Resepi ini untuk hidangan 9 ekor ikan cencaru. Bagi yang tak suka dengan daun cekur dan daun limau, tak letak pun tak apa, hidangan ini dah cukup menyelerakan. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x