fbpx

Resepi Ikan Bawal Masam Manis, Memang Perfect Untuk Makan Tengahari!

iCookAsia

Kadang-kadang mesti rasa buntu nak masak apa untuk tengahari kan. Apa kata cuba resipi Ikan Bawal Masam Manis ni. Memang cukup rasa dia, sedap pula tu. Jom Admin share cara nak buat.

Terima kasih Aiyu Isa untuk perkongsian resipi Ikan Bawal Masam Manis ini 🙂

Bahan-Bahan:

Ikan bawal

Cili merah

Tomato

Daun bawang

Bawang putih

Bawang besar

Halia

Timun

Kicap manis

Sos tiram

Sos cili thai

Sos ikan

Serbuk lada sulah

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, lumurkan ikan bawal dengan garam dan kunyit. Goreng ikan bawal tersebut.
  2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia.
  3. Masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili thai, sos ikan dan kacau kesemua bahan tersebut.
  4. Masukkan lada sulah dan air.
  5. Seterusnya, masukkan cili merah, timun, tomato, gula dan secukup rasa.
  6. Masukkan daun bawang dan kacau sehingga sebati.
  7. Selepas selesai, tuangkan ke atas ikan bawal yang telah digoreng.

Senang kan? Makan dengan nasi panas memang sedap. Bertambah la makan lepas ni.

Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aiyu Isa(TikTok)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x