fbpx

Resepi Gulai Lemak Ayam Bunga Kantan. Makan Dengan Telur Masin Pun Sedap Ni!

iCookAsia

Kali ni Admin nak share satu resepi yang boleh makan ramai-ramai dengan keluarga. Salah satu juadah yang ramai suka ni. Mana tidaknya, gulai kan. Tapi jangan risau tau, memang kalau ada lauk ni sahaja pun, dah mencukupi untuk juadah tengahari.

Jom kita try resepi ni.

Terima kasih Sabariah Bahasar untuk perkongsian resipi Gulai Lemak Ayam Bunga Kantan ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 ekor ayam

2 batang bunga kantan (dihiris kasar)

3 biji kentang (dibelah dua)

1/2 kg santan

2 keping asam gelugor

2 batang serai (diketuk)

1 helai daun kunyit (disiat)

3 helai daun limau purut

Gula

Garam

Perasa

Bahan B (Dikisar halus):

Segenggam cili api

Kunyit hidup

1 bawang besar

3 ulas bawang putih

Halia

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga bau naik.
  2. Masukkan ayam dan ubi kentang.
  3. Biarkan ia meresap seketika dan baru masukkan secawan air, serai, bunga kantan, daun kunyit, daun limau purut, dan asam gelugor.
  4.  Biarkan ia mendidih dan masukkan santan.
  5. Seterusnya, tambah garam dan perasa.
  6. Akhir sekali, kacau semua bahan di atas dengan api yang perlahan sehingga kuah pekat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Sabariah Bahasar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x