fbpx

Resepi Gulai Ikan Kering Versi Kelantan, Sedap Molek!

iCookAsia

Setiap negeri mesti mempunyai kelebihan tersendiri bila bercakap mengenai makanan ni. Apatah lagi Kelantan. Sebut je pasal budu, mesti ramai yang tahu. Tapi kali ni Admin nak share satu resepi yang sangat sedap dan bagi sesiapa yang memang sukakan lauk sebegini. Makan dengan nasi panas, lagi mantap rasanya.

Jom Admin share.

Terima kasih Zat Hernani untuk perkongsian resipi Gulai Ikan Kering ini 🙂

Bahan-Bahan:

3-4 ekor ikan kering (Dibasuh)

Timun (Dibelah kecil)

5-6 biji cili hijau

1 -2 keping nenas (Dipotong secara dadu)

Santan secukupnya  (Mengikut jumlah kuah yang diinginkan dan jumlah ikan yang digunakan)

Garam, gula dan perasa secukupnya

Bahan (Untuk dikisar):

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

3-4 tangkai cili kering

1 biji cili merah

2-3 biji cili padi (Mengikut tahap kepedasan masing-masing)

2 inci kunyit segar

Sedikit lengkuas

Cara memasak:

  1. Pertama sekali, masukkan santan dan bahan yang telah dikisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan ia mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah menjadi berketul.
  2. Kemudian, masukkan ikan kering, hirisan nenas, lada atau cili hijau dan timun.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa yang masin.
  4. Seterusnya, asam keping juga tidak digunakan kerana nenas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
  5. Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zat Hernani(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x