Kalau anda semua ingin tahu, ikan salmon mempunyai banyak manfaat yang dapat membantu untuk kesihatan seperti menjaga kesihatan jantung dan menurunkan berat badan. Hari ini, Admin nak share satu resipi ikan salmon yang sangat sedap dan boleh buat terliur.
Jom kita try.
Terima kasih Aniqa Humaira untuk perkongsian resipi Garlic Grill Salmon ini 🙂
Bahan-Bahan:
Bahan A:
Salmon
Bahan B (Untuk Perapan Ikan):
Lada Hitam (Ditumbuk)
Garam
1 sudu kecil Mixed Herbs atau Rosemary
1 sudu kecil Paprika atau Serbuk Cili
4 ulas bawang putih (ditumbuk atau dicincang)
1-2 sudu besar Olive Oil atau minyak masak biasa atau butter yang dicairkan
Bahan C:
Lemon (di slice)
Cara penyediaan:
- Mix kan semua bahan B dalam satu mangkuk kecil. Kemudian, baru tuangkan atas salmon dan ratakan. Masukkan dalam chiller dan perap selama 2 hingga 3 jam.
- Grill atas pan, untuk setiap side dalam 5 hingga 7 minit bergantung kepada ketebalan salmon.
- Air fryer selama 15 minit tetapi kalihkan apabila 10 minit sudah berlalu.  Â
- Pastikan letak lemon atas ikan yang di grill.
Bahan D (Untuk Sos):
2-3 sudu besar butter atau margarine
3 ulas bawang putih (Chopped atau ditumbuk halus)
1-2 susu besar tepung gandum
Susu full cream (satu kotak kecil dalam anggaran 200 ml)
Lemon juice (dari 1/2 – 1 biji lemon)
Salt
Pepper
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, cairkan butter dan tumis bawang putih.
- Kemudian, perlahankan api. Masukkan tepung gandum dan whisk kan. Jangan berhenti sampai tepung sudah tidak berketul.
- Masukkan susu dan lemon. Whisk kan lagi tak berhenti.
- Masukkan garam dan perasakan. Tutup api. Berhenti whisk apabila sudah tutup api. Kemudian, alihkan periuk kepada burner yang tidak panas.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Aniqa Humaira(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos