fbpx

Resepi Daging Tulang Thai. Hidangan Yang Boleh Buat Orang Bertambah Makan Nasi

iCookAsia

Sebut sahaja mengenai sup tulang, siapa sahaja yang tidak suka kan. Makan pula dengan nasi panas lagi bertambah sedap. Apa kata kali ni anda semua cuba resipi Sup Daging Dan Tulang Versi Thai ini?

Jom kita try.

Terima kasih Tengku Syazwanie untuk perkongsian resipi Daging Tulang Thai ini 🙂

Bahan-Bahan:

Daging

3 inci halia (Ditumbuk)

3 hiris lengkuas (Ditumbuk)

3 akar daun ketumbar

2 biji bawang holland (Dihiris)

4 ulas bawang putih (Ditumbuk kasar dengan kulit)

3 batang serai (Diketuk-ketuk)

5/6helai daun limau purut

2 Biji bawang holland (Dihiris)

3 sudu sos ikan (nampla)

Daun ketumbar sejemput

1 biji tomato (potong kecil-kecil)

2 biji limau nipis

Garam dan secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, rebus daging. Jangan masukkan garam. Rebus sehingga daging empuk.
  2. Tumis bahan tumbuk semua serta serai, limau purut, bawang dan akar ketumbar dalam kuali lain sehingga bau naik dan wangi semerbak.
  3. Masukkan daging dan air yang direbus ke dalam tumisan, biar sehingga menggelegak.
  4. Masukan sos ikan dan jus limau nipis.
  5. Kemudian, rebus selama 3 hingga 5 minit. Selepas itu, masukkan daun ketumbar dan cili api jika inginkan kepedasan.
  6. Masukkan garam dan secukup rasa. Boleh dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tengku Syazwanie(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x