Mesti kadang-kadang buntu nak masa kapa kan untuk tengahari atau makan malam? Lepas ini, boleh lah cuba buat hidangan ini. Mudah sahaja dan yang penting, rasa nya sangat sedap. Apatah lagi jika digandingkan dengan nasi panas, memang nikmat nak makan.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Cik Ma perkongsian resipi Daging Masak Merah ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Daging
Cara membuat:
- Mula-mula, rebus daging dengan pewarna merah, daging tidak perlu dihiris dan air rebusan daging tidak perlu dibuang untuk dijadikan kuah nanti.
- Setelah daging masak dan empuk, hiris nipis.
Bahan B:
Bawang putih (ditumbuk kasar)
Cili boh atau pes cili kering
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Sedikit kicap sotong
Gula, garam dan pak aji (optional)
Bawang holland, cili merah, bunga kobis (Untuk hiasan)
Cara membuat:
- Mula-mula, tumis bawang putih, cili boh dan masukkan daging.
- Goreng seketika dan masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato serta air rebusan daging tadi. Kuah terpulang nak banyak atau sikit.
- Perasakan dengan gula, garam dan pak aji.
- Akhir sekali, jika sudah siap, boleh masukkan bahan hiasan tadi, bawang holland, bunga kobis dan cili. Siap untuk dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Cik Ma(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity