Resepi daging ni memang sedap, dan mudah je sebenarnya nak lembutkan daging dalam masa yang cepat. Yang penting kalau makan mesti akan bertambah nasi. Kalau ada daging dalam peti sejuk tu, jom cuba resepi daging masak blackpepper yang sangat mudah ni.
Terima kasih Mayu Marnie untuk perkongsian resipi Daging Masak Blackpepper ini 🙂
Bahan-bahan:
Daging
Soda bikarbonat
Bawang putih*
Halia*
Lada hitam*
Bawang merah*
Sos blackpepper
Sos tiram
Kicap
Bawang besar
Sayur kesukaan
Cara-cara:
- Potong nipis daging, dan rendam selama 15 minit dalam air bancuhan soda bikarbonat (untuk lembutkan daging).
- Bilas daging, dan rebus sekejap.
3.Tumbuk bahan bertanda *. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan sos dan kacau. Masukkan daging dan kacau.
- Letakkan perasa lain jika mahu.
- Tambah bawang besar dan sayur.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mayu Marnie
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos