Ada yang peminat daging disini? Kalau anda peminat daging, mesti akan suka masakan dendeng ini. Senang sahaja nak buat resipi ini sebenarnya. Lebih kurang macam nak buat daging masak kicapā¦ tapi ada bahan tambahan yang lain. Jom cuba?
Terima kasih Syara Fina untuk perkongsian resipi Daging Dendeng ini š
Bahan-bahan:
700g dagingĀ
(dikisar)
20 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Seinci halia
1 senduk cili giling
1 batang serai
Kicap manis
Air asam jawa
Cara membuat:
- Rebus daging sampai empuk, kemudian hiris nipis, ketukkan sedikit dengan lesung batu. Gaul dengan kicap manis. Agak-agak je hitam dia. Goreng hingga hitam.
- Tumis cili giling dan bahan kisar sampai naik minyak. Masukkan serai dan daging yang sudah digoreng. Gaul rata. Masukkan sedikit air rebusan.
- Masukkan pula bahan perasa dan garam, dan akhir sekali, masukkan air asam jawa.
- Masak hingga sedikit kering.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! š
Kredit resipi dan gambar: Syara Fina (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/