fbpx

Resepi Dadih 2 Lapisan Dan Dadih Coklat Homemade. Sejuk Je Tekak Bila Makan!

iCookAsia

Rasa macam dah lama tak makan Dadih sejak musim PKP ni kan? Sebab biasa jumpa pada bulan Ramadan kan. Dan sudah lama tak nampak orang jual. Tapi hidangan ini lah antara penyejuk tekak yang terbaik. 

Jom kita buat. Musim panas ini sesuai lah kita buat dan makan Dadih. 

Terima kasih Nawar Azhar untuk perkongsian resipi Dadih ini 🙂

Bahan-bahan:

10 gram serbuk agar-agar

200 gram coffeemate (serbuk yang putih)

3 liter air

1 1/2 cawan gula pasir

1 tin susu cair

Pewarna dan perisa yang disukai

Bekas plastik (basahkan dengan sedikit air)

Cara membuat:

  1. Sediakan periuk, masukkan air, serbuk agar-agar dengan gula pasir. Masak sampai gula larut dan mendidih.
  2. Kecilkan api, masukkan coffeemate dan kacau sebati. Masukkan pula susu cair, kacau lagi sampai mendidih dan tutup api.
  3. Bahagikan larutan dadih kepada beberapa bahagian, letak pewarna dan perisa.
  4. Sediakan bekas, tuang larutan dadih ke dalam bekas. Biarkan sehingga suam.
  5. Kemudian bolehlah, simpan dalam peti sejuk.

*Kalau nak buat 2 lapisan, keraskan dulu lapisan yang bawah dan baru tuang lapisan yang atas untuk keraskan pula. 

Bahan untuk Dadih coklat:

10 gram serbuk agar-agar

1 cawan gula pasir

200 gram coffee mate (serbuk yang putih)

2 liter air

1 liter susu perisa coklat dutch lady (kotak)

1 tin susu cair

Bekas plastik (basahkan dengan sedikit air)

Cara membuat:

  1. Sediakan periuk masukkan air, serbuk agar-agar dengan gula pasir. Masak sampai gula larut dan mendidih.
  2. Masukkan coffeemate dan kacau sebati hingga mendidih. Kemudian, kecilkan api dan masukkan susu cair dengan susu perisa coklat. Kacau lagi sampai mendidih dan tutup api.
  3. Tuang larutan dadih ke dalam bekas plastik yang telah dibasahkan dengan sedikit air. Buat sampai habis.
  4. Biarkan suam sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nawar Azhar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x