fbpx

Resepi Custard Bread Roll Yang Mudah Dan Sedap. Buat Untuk Anak-Anak, Pasti Mereka Suka!

iCookAsia

Selalunya kita makan puding kastard, sekali sekala kita cuba pula Custard Bread Roll ni. Manis berlemak tau, jom cuba resepi ni untuk minum petang. Lepas ni tak perlu pergi kedai Roti/ bakery lagi, buat je di rumah. Mudah dan sedap!

Terima kasih Rosmawati Abdul Wahab untuk perkongsian resipi Custard Bread Roll ini 🙂

Resipi kastard:

Bahan-bahan:

250ml susu segar 

1 biji telur

40gm gula kastor

15gm tepung jagung

1 sudu kecil esen vanila

Secubit garam

Cara membuat:

Campur semua bahan dan kacau rata. Masak atas api sehingga pekat. Ketepikan.

Resipi doh:

Bahan-bahan:

100ml susu segar suam

1/2 sudu besar yis

50gm gula kastor

1/2 sudu kecil esen vanila

1 biji telur

300gm tepung gandum

45gm mentega

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan kering ke dalam mixer, kacau sebati dan masukkan susu suam, telur dan esen vanila. 
  2. Kemudian masukkan mentega. Uli hingga doh menjadi elastik.
  3. Kalau uli guna tangan, masukkan susu suam, gula, yis, telur dan esen vanila. Kacau rata. Kemudian masukkan mentega dan tepung, uli sehingga doh menjadi elastik.
  4. Rehatkan doh selama sejam.
  5. Selepas sejam, tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bolehlah di canai anggaran dalam 0.5cm. Sapukan kastard tadi di atas doh yang siap dicanai, ratakan di semua bahagian doh dan gulung perlahan2.
  6. Potong doh tebal lebih kurang 3cm dengan menggunakan floss atau benang. Rehatkan dalam 15-20 minit.

Egg wash:

Bahan-bahan:

1 biji kuning telur

2 sudu besar susu segar

Cara membuat:

  1. Sapu atas doh dengan campuran telur dan susu dan taburkan kepingan badam di atasnya.
  2. Bakar dengan suhu 180° selama 35 minit atau sehingga keperangan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rosmawati Abdul Wahab (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x