fbpx

Resepi Cucur Oat Bercili

iCookAsia

 

Bahan-bahan:

1 keping roti

100ml Santan Sawit MPOC

80g oat masak segera

150ml air panas

½ sudu kecil soda penaik

140g tepung gandum

1 biji telur

150-170ml air

20g udang kering, direndam & tumbuk

1 biji cili merah, dicincang

4 tangkai daun bawang, dihiris halus

Minyak MPOC untuk menggoreng

Garam secukup rasa

 

Cara membuatnya: 

  1. Carik roti dan rendam dengan santan, biar 10 minit.
  2. Campurkan oat dengan air panas, biar 10 minit.
  3. Gaul semua bahan hingga sebati.
  4. Sudukan adunan ke dalam minyak panas.
  5. Apabila keperangan, angkat dan sejatkan.
Share This Article