Sebagai isteri dan ibu di dalam sebuah rumah, pasti anda bertanggungjawab untuk memikirkan apa yang perlu dimasak untuk makanan tengahari kan? Kadang itu, tidak tahu nak masak apa kerana kehabisan barang dapur. Nak pergi beli, bimbang terlalu lama dan mereka kelaparan pula.
Jangan risau, disini Admin kongsikan satu resepi sarapan yang hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Senang sahaja, dan ianya cepat dan mudah. Rupa pula cantik, pasti anak-anak excited nak makan. Jom cuba?
Terima kasih Chumily untuk perkongsian resipi Cucur Kentang ini 🙂
Bahan-bahan:
3-4 biji ubi kentang
8-10 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
Cara membuat:
- Rebuskan ubi kentang sehingga lembut.
- Toskan ubi kentang yang direbus tadi dan lenyekkan.
- Tambahkan garam sedikit.
- Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit.
- Bulatkan doh tadi menjadi bulat dan boleh digoreng.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Chumily (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos