fbpx

Resepi Cucur Jagung yang Mudah, Sesuai Dimakan Untuk Minum Petang, Nak Buat Breakfast Pun Sodap!

iCookAsia

 

Cucur Jagung memang menjadi antara kegemaran rakyat Malaysia untuk minum petang, lebih-lebih lagi dalam kalangan kanak-kanak dan peminat jagung. Rasa jagung yang manis memberikan rasa yang sedap, malah berkhasiat untuk dimakan. 

Saudari Ana Mariana Ismail ada kongsikan cara dan foto untuk resepi ini.

Resepi Cucur Jagung

BAHAN-BAHAN

Isi jagung 

Tepung gandum

Cili blend

Udang kecik @ ikan bilis tumbuk kasar

Bawang besar (dihiris)

Serbuk kunyit+serbuk ikan bilis

Garam+gula secukup rasa

Telur sebiji

Air suam

CARA-CARA

  1. Masukkan semua bahan, bancuh sehingga sebati. Jangan terlalu pekat atau cair (masukkan air sedikit-sedikit mengikut kesesuaian)

 

2. Panaskan minyak menggunakan api sederhana.

3. Buat bentuk cucur dan goreng seperti biasa.

4. Goreng sehingga cucur warna keemasan.

Siap.

Mudah sangat kan? Selamat mencuba!

Untuk dapatkan perkakas memasak tak melekat yang berkuali, jom layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x