Bahan-bahan:
150g tepung
250ml air
150ml susu
1 sudu besar gula
1 telur
50ml minyak
3 sudu besar gula merah
200ml krim segar
secubit garam
3 oren besar
kulit oren
jus oren
sac oren
50g mentega (untuk salut kuali)
Cara membuatnya:
Crepes:
- Ayak tepung ke dalam mangkuk besar.
- Masukkan telur dan susu kedalam tepung dan kacau hingga sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi konsistensi yang betul. (Apabila acuan lekat dibelaking sudu kayu.)
- Masukkan secubit garam, satu sudu gula dan minyak kedalam acuan. Kacau hingga sebati dan tapiskan untuk pastikan tiada ketulan. Ketepikan untuk digunakan kemudian.
Sos oren:
- Parut kulit oren dan perah jus 2 buah oren. Simpan parutan kulit oren untuk digunakan nanti.
- Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar gula untuk caramelise gula.
- Apabila gula mula bertukar warna, masukkan krim, kulit oren dan jus oren. Masak sehingga pekat.
Untuk masak crepes:
- Panaskan kuali dan salut dengan mentega. Tuangkan satu sudu acuan dan sebarkan adunan rata-rata.
- Hidangkan crepes bersama aiskrim vanila dan sos oren.