Hidangan Nestum Bar ini katanya rasa seperti coklat Kit Kat. Sangat berbaloi lah kalau begitu, tak perlu beli dekat luar dah. Dan yang paling best ia menggunakan 2 bahan sahaja dan ini resepi tanpa bakar. Dah lah menjimatkan, memudahkan pula tu. Tak perlu lah risau ada oven ke tak dekat rumah kan.
Buat para ibu, pastikan anda mencuba resepi ini tau. Pasti anak-anak di rumah suka dan excited nak makan.
Terima kasih Ida Zaida untuk perkongsian resipi Coklat Nestum Bar ini 🙂
Bahan-bahan:
500g Nestum Original
1 kg Dark Compound Berlys
Cara membuat:
- Cairkan coklat dengan kaedah Double boiler.
- Selepas itu, masukkan 1 paket Nestum.
- Gaul sampai sebati dan biar bersalut elok.
- Selepas itu, apabila sudah gaul sebati, masukkan dalam bekas yang dilapik dengan plastik supaya senang nak keluarkan nanti.
- Potong siap-siap, baru letak dalam peti ais.
- Apabila sudah sejuk, patah-patahkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ida Zaida (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos