Pelbagai jenis kuih tradisional yang sudah kita belajar dan cuba buat untuk hidangan Hari Raya nanti. Tetapi, tidak sah juga jika tiada biskut coklat yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Bukan mereka sahaja, yang dewasa dan remaja juga turut ketagih dengan biskut yang mengandungi bahan Coklat.
Haa, disini Admin kongsikan resepi Biskut Coklat Cornflakes yang betul-betul rangup. Penambahan Cornflakes dalam resepi menjadikan ia bertambah sedap dan confirm rangup!
Terima kasih Farisha Sofea untuk perkongsian resipi Chocolate Cornflakes Crunchy Cookies ini 🙂
Bahan-bahan:
150g mentega
70g gula kastor
1 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
130g tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
60g serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk penaik
50g cornflakes (diramas kasar)
Cara membuat:
- Satukan mentega bersama gula dan pukul sehingga kembang dan sebati.
- Masukkan telur dan juga esen vanilla. Pukul rata.
- Kemudian masukkan tepung, serbuk koko dan juga serbuk penaik.
- Kacau adunan sehingga sebati barulah dimasukkan cornflakes. Gaul rata.
- Simpan adunan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Kemudian bentukkan adunan dan golekkan lagi adunan ke dalam cornflakes.
- Susunkan ke dalam loyang pembakar yang telah digris. Ulang proses sehingga selesai.
- Panaskan oven. Bakar pada suhu 180•C selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Farisha Sofea (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/