Makan Ikan Cencaru Sumbat Sambal ini dengan nasi panas, memang sedap yang luar biasa. Bukan itu sahaja, ramai suka makan dengan resepi sumbat yang cukup rasa tu. Cara nak buat pun senang sahaja. Boleh tambah nasi macam ni.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Munira Ali  perkongsian resipi Cencaru Sumbat ini 🙂
Bahan-bahan:
1 1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili besar
4 atau 5 tangkai cili api
Belacan sikit
Cukup rasa
Asam jawa
1 sudu gula
Cara membuat:
- Mula-mula, sukatan bahan tadi untuk 4 ekor ikan cencaru saiz sedang-sedang. Kalau ikan banyak, boleh gandakan bahan dan kalau suka pedas boleh tambah cili lagi.
- Kemudian, blend kan kesemua bahan tersebut kecuali asam jawa.
- Letakkan sedikit air sahaja untuk bagi blender tersebut berpusing. Kalau nak tumbuk pun boleh, lagi sedap.
- Seterusnya, tumiskan sekejap bahan kisar tadi sebab nak bagi rasa sambal tersebut masak dan letakkan minyak sedikit sahaja supaya cili dan bawang masak.
- Apabila sudah siap tumis, sumbat dalam ikan tadi, selepas itu masukkan dalam air fryer. Boleh sembur sedikit minyak supaya ikan tidak kering.
- Akhir sekali, guna suhu 180 15 minit selepas itu terbalikkan dan ditambah lagi 15 minit. Kalau nak garing lagi boleh tambah lagi 5 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Munira Ali(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity