Bahan-bahan:
Bebola candil keledek:
1kg Ubi Keledek Kuning
1 ½ cawanTepung Pulut (atau lebih)
1sudu teh Garam Halus
Pewarna kuning, pewarna unggu dan pewarna oren.
Kuah santan sawit:
½ cawanAir
1/3 cawanGula pasir
1 helaiDaun Pandan – disimpul
1 ½ cawan Santan Sawit
½ sudu teh Garam
3 sudu besar Sago – yang telah direbus kembang
Sos karamel sawit gula merah:
1 cawan Gula Merah
4 sudu besar Gula Pasir
5 sudu besarAir
5 sudu besar Marjerin Sawit
½ cawan Santan Sawit
Hiasan penambah rasa:
1 ulas Isi Nangka – dipotong dadu kecil.
Beberapa biji biji delima merah
Cara penyediaan:
Membentuk bebola candil keledek:
- Kupas, basuh dan potong ubi keledek kepada potongan saiz sederhana.
- Kukus ubi keledek tersebut selama 10-15 minit, atau sehingga ubi empuk.
- Masukkan ubi keledek yang telah empuk kedalam bekas dan ditambah sedikit garam. Lenyek-lenyekkan ubi keledek sehingga mendapat tekstur yang halus, kemudian ditambah tepung gandum sedikit demi sedikit dan diuli sehingga mendapat adunan seperti adunan doh roti.
- Proses langkah 3 boleh disingkatkan dengan penggunaan “food processor”
- Bahagi-bahagikan adunan doh kepada 3 bahagian, dan setiap bahagian masing-masing diwarnakan dengan pewarna kuning, unggu dan oren.
- Seterusnya setiap adunan dibulat-bulatkan menjadi bebola sebesar guli.
- Selepas itu, rebus semua bebola keledek didalam air yang betul-betul mengelegak.Bebola keledek pada permulaannya akan tenggelam didasar periuk, tetapi akan timbul dipermukaan air beberapa minit kemudian.
- Sambil teruskan merebus, biarkan bebola keledek yang di timbul dipermukaan untuk selama 2-3 minit lagi, bagi memastikan bebola keledek benar-benar masak dan matang.
- Setelah bebola masak dan matang, ambil bebola keledek menggunakan penapis dan renjatkan bebola keledek didalam bekas yang mengadungi air ais atau air yang betul-betul sejuk.
- Bebola candil keledek siap dan sedia untuk dihidang.
Membuat kuah santan sawit:
- Didalam periuk yang bersesuaian, didihkan air bersama gula pasir dan daun pandan.
- Setelah gula larut, tuangkan santan dan biarkan sehingga mendidih.
- Apabila santan mendidih, padamkan api dan perasakan dengan garam.
- Kuah santan sawit siap untuk dihidang.
Menyediakan sos karamel sawit gula merah:
- Masukkan gula merah, gula putih dan air kedalam periuk yang bersesuaian, kacau sebentar sehingga sebati.
- Pasang api dan biarkan gula menjadi “hampir hangus”. Pada ketika ini jangan sesekali dikacau gula, cukup sekadar goyang-goyangkan periuk. Awas dengan kepanasan api.
- Semasa menggoyang-goyangkan periuk, warna karamel ini akan menjadi sebati dan sekata.
- Apabila sudah mendapat warna yang diingini, masukkan margerin sawit, santan sawit dan garam halus. Pada waktu ini barulah boleh dikacau adunan gula dengan menggunakan senduk kayu..
- Sos Karamel sawit gula merah siap untuk dihidang.
Cara mengidang:
- Gunakan mangkuk yang bersesuaian. Letakkan beberapa ketul bebola candil keledek.
- Sendukkan kuah santan sawit
- Taburkan bahan “hiasan penambah rasa”
- Tuangkan sedikit sos karamel sawir gula merah.