fbpx

Resepi Brownies Kedut Menggunakan Air Fryer Dan Tips Nak Bagi Brownies Fudgy.

iCookAsia

Ada tak peminat brownies fudgy kat sini? Min nak share tips macam mana nak bagi brownies korang fudgy moist-moist gitu. Yang penting, menggunakan Air-Fryer je, sangat mudah!

Terima kasih Umie Salmah untuk perkongsian resipi Brownies Fudgy ini 🙂

Bahan-bahan (adunan untuk loyang 6”)

Bahan A

75gm gula kastor (campur dengan brown sugar untuk rasa fudgy)

1 biji telur gred A 

Bahan B

85gm dark choc Beryls coin

43gm pure salted butter

13gm serbuk koko

1/2 tbsp nescafe

Bahan C

50gm tepung gandum

1/2 tbsp baking powder

Cara membuat:

  1. Satukan bahan A dan ketepikan.
  2. Double boil bahan B dan masukkan bahan A setelah adunan bahan B masih panas dan kacau sehingga rata.
  3. Masukkn bahan C kedalam adunan coklat tadi dan kacau sehingga rata (tak perlu pakai mixer, kacau sekadar adunan bercampur sekata). Masukkan dalam loyang.
  4. Panaskan air fryer 10min / suhu 200 dan turunkan suhu pada 140 dan bakar selama 30 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Umie Salmah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x