fbpx

Resepi Blueberry Cheese Tart, Dessert paling sedap dan berbaloi untuk dicuba! 😋

iCookAsia

Nak beli macam jauh dan dapat sikit saja. Tapi kalau buat sendiri, lagi puas hati dan memang sedap rasanya. Rugi betul tak cuba resepi mudah ni, nak bawa untuk majlis atau makan santai petang pun sesuai juga.

Bahan :
Bahan untuk shell (kulit tart):
500 gm tepung gandum
250 gm mentega
100 gm gula ising
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanila.
3. Diikuti dengan tepung gandum. Masukkan sedikit demi sedikit. Sebatikan adunan.
4. Bentukkan adunan menggunakan acuan tart.
5. Sedia dibakar pada suhu 175c selama 20 minit.

Bahan inti keju:
250 gm krim keju
50 gm gula ising
1 biji telur
Esen vanilla
1 sb jus lemon

Cara :
1. Putarkan krim keju dan gula ising sehingga sebati.
2. Masukan telur dan esen vanilla. Adun rata.

Cara membuat cheese tart:
1. Susunkan kulit tart dan letakkan filling yang disukai di tengah. (blueberry/coklat/strawberi dan lain-lain).
2. Masukkan krim cheese ke dalam piping bag dan gunting hujung sama besar dengan lubang tart.
3. Picitkan cream cheese secara menegak dan menggunung. Nak lagi buncit picit lagi tinggi.
4. Bakar selama 10 minit dengan kepanasan bawah 160c.
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.my or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: https://icookasia.my
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x