Biskut sampan merupakan antara biskut raya yang popular di Malaysia, kalau tak ada biskut ini seperti tak lengkap pula persiapan Raya kita. Jom cuba resepi biskut sampanΒ ini.
Terima kasih untuk Ithnin Halipah atas perkongsian resipi Biskut Sampan ini π
Β
Bahan-bahan kulit:
250g butter
3/4 cawan gula icing
1 biji telur
1/2 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung kastard
1 sudu makan esen vanila
3 sudu makan susu tepung
500 tepung gandum (anggaran)
Cara membuat:Β
- Putarkan butter dan gula sehingga sebati. Tak perlu lama.
- Masukkan telur dan esen vanila. Kacau lagi hingga sebati.
- Masukkan susu tepung, tepung jagung dan tepung kastard.
- Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit-sedikit. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.
Bahan-bahan inti:
1 bekas ceri merah
1 bekas ceri hijau
250g kismis hitam
250g kismis kuning
300g kelapa kering
1/2 tin susu pekat (boleh kurangkan)
Cara membuat:
- Potong kecil ceri dan kismis.
- Satukan semua bahan dan gaulkan dengan susu.
- Untuk sedap lagi, boleh letak sesudu butter.
- Isikan inti ke dalam acuan sampan.
- Bakar mengikut oven masing-masing api atas bawah.
Siap! Anda jangan lupa untuk try resepi biskut sampan ini di rumah, okay!
Kredit resipi dan gambar: Ithnin Halipah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik β https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik β https://t.me/icookasiacommunity