Kalau ada Biskut Makmur sedap juga kan di pagi raya. Setelah dua tahun tak beraya, mesti teringin nak buat kuih raya banyak-banyak. boleh lah cuba resepi biskut raya ini. Sedap dan cair di mulut bila dimakan. Memang nikmat rasanya.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Wan Afifah perkongsian resipi Biskut Makmur ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Untuk Doh):
4 cawan tepung (disangai sampai naik bau)
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu tepung
3 sudu besar mentega yang dicairkan (Boleh guna buttercup kalau tak suka minyak sapi)
Minyak jagung secukupnya (Tiada sukatan tapi tuang sikit-sikit)
1/2 sudu kecil garam
Cara membuat:
- Mula-mula, dalam mangkuk, satukan tepung, gula, susu tepung dan garam.
- Kemudian, tuangkan butter yang telah dicairkan, tunggu ia sejuk dan minyak jagung secukupnya.
- Tuang secara perlahan-lahan sambil ramas dan uli sehingga menjadi doh yang sesuai dibentuk. Cuba kepalkan, kalau kepal ia menjadi bulat bermakna okay.
Bahan B (Untuk Inti):
Kacang kisar/tumbuk 3/4 cawan (digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit)
3 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula halus
Secubit garam
Gaulkan kesemua bahan-bahan di atas
Bahan C:
3/4 cawan gula ising (Untuk salut)
Cara membuat:
- Mula-mula, bentukkan doh dan letak inti kacang tadi dalamnya, tutup doh dan sempurnakan bentuknya. Terpulang pada size yang anda suka, letak kacang banyak lagi sedap.
- Kemudian, bakar pada suhu 150° selama 20 minit mengikut oven masing-masing.
- Gelek-gelekkan makmur yang telah masak dalam gula ising ketika masih suam.
- Akhir sekali, biar sejuk sepenuhnya, baru simpan dalam balang. Untuk adunan ni mengikut bentuk yang dibuat, boleh dapat 50 biji.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Wan Afifah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity