Siapa pernah dengar tentang Biskut Arab Rainbow? Sedap kan bila dimakan. Lembut dan gebu je tekstur biskut ini. Kalau buat untuk biskut raya nanti pun best juga ni. Bukan itu sahaja, penyediaan untuk biskut ini pun mudah sahaja.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Abby Razy perkongsian resipi Biskut Arab Rainbow ini 🙂
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula aising (kalau tak suka manis, boleh kurangkan setengah cawan)
2 sudu besar susu tepung
Pewarna merah dan hijau
1 cawan minyak sapi (cairkan)
Mangkuk kertas
Gula kastor atau susu tepung (boleh jenama apa pun)
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan kesemua bahan. Gaul hingga menjadi doh.
- Kemudian, bahagikan kepada tiga bahagian, satu tanpa pewarna, kedua warna merah dan ketiga warna hijau.
- Bentukkan bulat dan susun atas dulang.
- Akhir sekali, bakar pada suhu 160 selama 20 minit bergantung pada oven masing-masing.
Apabila sudah suam, golekkan atas gula kastor atau susu.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Abby Razy(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity