fbpx

Resepi Beriani Eksotik Puyuh Rasa Luar Biasa

iCookAsia

Kebanyakan dari kita biasa makan nasi beriani bersama ayam atau daging. Tapi pernahkah anda cuba daging seperti puyuh? Nasi Beriani ini rasa dia eksotik betul. Tak macam masakan beriani yang biasa dimakan.

Bahan-bahan:
3 sudu besar Mayonis SAJI
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah kerutup
6 ekor burung puyuh, diikat kakinya
6 sudu besar Minyak Sapi Vanaspathi
3 sudu besar Minyak SAJI
3 biji cili hijau, dipotong 4
1 kuntum bunga kantan, dihiris halus
400ml air
250g beras Basmathi, direndam 20 minit dgn air bergaram
100ml Santan SAJI
1/2 biji cili benggala merah, didadu kecil
8 tangkai daun pudina
2 sudu kecil Garam Gunung SAJI
Bawang goreng, gajus, kismis
Bahan Tumis
5 biji bawang merah }
3 ulas bawang putih } dihiris
1 labu bawang besar }
3cm halia }
1 sudu kecil jintan manis
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga

Cara Membuat:
1. Lumurkan mayonis, rempah kari, rempah kerutub dan garam pada burung puyuh.
2. Perap selama 30 minit. Simpan baki bahan perap.
3. Panaskan 3 sudu besar minyak sapi dan minyak, goreng puyuh sehingga 3/4 masak.
Angkat.
4. Panaskan baki minyak sapi, goreng bahan tumis sehingga wangi.
5. Masukkan baki bahan perap, cili hijau dan bunga kantan. Kacau rata.
6. Masukkan ke dalam periuk nasi eletrik. Tambah air, beras, santan dan garam.
7. Masak sehingga kering airnya. Letak cili benggala, daun pudina dan puyuh di atas nasi.
8. Tutup periuk dan masak lagi.
9. Hidangkan dengan bawang goreng, gajus dan kismis.

 

Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x