fbpx

Resepi AYAM TALIWANG, Jauh Diterbangkan Dari Indonesia. Terasa Aroma Bakar Dan Lembut Je Isi 🤤🐔

iCookAsia

Nohhh Ayam Taliwang datang jauh daripada Indonesia! Siapa pernah rasa? Tertanya kan, memang lain daripada yang lain dan rasanya pun sedap sangat. Bila makan, memang rasa aroma dibakar. Dengan segala campuran bahan yang digunakan, lagi nikmat nak makan.

Resepi:

Ayam
1 sudu besar santan
Stok Ayam
Lada merah
Cili api merah
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Belacan (bakar sedikit)
Serbuk cendawan
Serbuk lada putih
Tomato

Cara membuat:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan ayam, santan, garam, lada putih dan stok ayam.
2. Kemudian, ratakan dan biarkan selama setengah jam.
3. Potong lada merah, cili merah, halia, bawang merah, bawang putih, belacan, sedikit minyak dan air. Kisarkan.
4. Masak bahan yang dikisar.
5. Masukkan garam, serbuk cendawan, serbuk lada putih. Masak sehingga pecah minyak.
6. Masukkan pula santan dan matikan api ketika gaul.
7. Masukkan tomato.
8. Ambil ayam tadi dan letak minyak pada ayam dan bakar pada 15 minit pertama terlebih dahulu pada suhu 180. Keluarkan dan sapu adunan bahan yang dimasak tadi. Bakar lagi pada 15 minit kedua dengan suhu 180. Bila dah siap, sapu lagi sekali adunan tadi dan bakar untuk kali ketiga dengan suhu yang sama selama 15 minit. Siap.

—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.my or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: https://icookasia.my
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x