fbpx

Resepi Ayam Padphrek yang Seakan Paprik, Serupa Tapi Tak Sama!

iCookAsia

Thailand mempunyai berbagai resepi yang menyelerakan. Kali ini, admin ingin berkongsi dengan pembaca, Resepi Ayam Padphrek. Resepinya seakan paprik yang menggunakan daun limau purut, namun cara masak dan rasanya berbeza. Terima kasih kepada saudari Nor Ashikin yang berkongsi resepi ini. Resepi ini merupakan resepi dari ibundanya yang memang merupakan warga Thailan yang menetap di Malaysia. Selamat mencuba!

RESEPI AYAM PADPHEK

BAHAN BLEND

Kunyit Hidup – 3

Bawang Merah – 4 Biji

Bawang Putih – 4 Biji

Serai – 2 Batang

Daun Limau Purut – 4 Helai ( blend )

Daun Limau Purut – 3 Helai ( Potong )

Lada kering – 1 Biji

Cili api – 5

Halia

Belacan

Asam keping – 1 ( Masa Tumis )

BAHAN PERAP

Ayam

Kunyit

CARA-CARA

  1. Goreng ayam sederhana masak, angkat dan asingkan.
  2. Panaskan minyak (minyak lebih lagi sedap), masukkan bahan-bahan blend dan tumis sampai wangi.
  3. Masukkan ayam yang digoreng separuh masak, kemudian masukkan daun limau purut, perasakan, tumis sampai layu. Siap.

 

Resepi ini juga boleh digunakan untuk memasak bahan mentah lain seperti ikan, udang, dan sotong.

Untuk dapatkan perkakas memasak yang berkualiti pada harga berpatutan, sila layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x