fbpx

Resepi Ayam Masak Merah Yang Mudah. Tak Ada Guna Santan Dan Susu Cair Pun, Tetap Sedap.

iCookAsia

Hidangan Ayam Masak Merah, memang sudah kita ketahui ia merupakan lauk yang wajib ada pada majlis atau kenduri kahwin. Buat penggemar masakan ini, sudah semestinya ia dinikmati pada hari biasa.

Tetapi, tahukah anda Ayam Masak Merah ini boleh dimasak tanpa santan dan susu cair? Nak tahu bagaimana rasa dan rupanya? Jom cuba!

Terima kasih Ruslan N Melor untuk perkongsian resipi Ayam Masak Merah ini 🙂

1 ekor ayam (gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng bagi kering air sahaja dan berjus)

Bahan Kisar:

Segenggam cabai kering (gunting basuh rebus air panas hingga lembut dan basuh toskan)

2 biji buah tomato

1 biji karot

3 biji bawang besar

Bawang putih 5-6 biji

Halia, jintan manis, jintan putih 

*Kisar semua bahan di atas hingga hancur halus.

Jintan manis separuh sudu kecil

Jintan putih 1/3 sudu kecil (secubit)

Cara memasak:

  1. Boleh guna minyak yang digoreng ayam tadi. Tumiskan 4 sekawan, serai  1 batang dititik, sehelai daun pandan (nak simpul boleh, nak potong-potong pun boleh), tumis sampai wangi. 
  2. Kemudian, masuk bahan yang dikisar tadi. Masak sehingga bahan sebati dan berbau wangi.
  3. Masukkan ayam, sos cili (4-5 sudu) dan kacau sampai rencah masak pecah minyak.
  4. Selepas itu, masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
  5. Akhir sekali, boleh masukkan bawang besar yang dimayang dan cabai besar merah. Kalau dah cukup rasa, baru boleh tutup api dan tabur daun sup.

Tips:

  1. Cabai kering tu perlu direbus dan basuh bersih, supaya nanti masak warna mengancam.
  2. Pastikan jintan manis lebih dari jintan putih ya. 
  3. Masukkan daun sup untuk aroma yang mengharumkan. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ruslan N Melor (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x