fbpx

Resepi Ayam Kam Heong, Mudah Dan Sedap!

iCookAsia

Sedapnya dapat makan Ayam Kam Heong. Nak buat pun mudah sahaja dengan bahan yang digunakan. Pekena pula dengan nasi panas, tak pandang dah lauk lain. Weekend ni boleh lah cuba buat.

Jom try.

Terima kasih Wan Sherliza untuk perkongsian resipi Ayam Kam Heong ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan A (Paste Kam Heong):
150 g udang kering (Rendam dalam air selama 20 minit)
Bawang putih dan bawang kecil (Dicincang)
Segenggam daun kari
20 biji cili padi
4 sudu besar serbuk kari ayam
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
Garam secukup rasa

Bahan B (Perapan Ayam):
Perap ayam selama 30 minit. Goreng sehingga 3/4 masak.
1 ekor ayam (Potong kecil)
3 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar sesame oil
Garam dan pepper

Cara membuat:

  1. Mula-mula, goreng bawang putih dan bawang merah. 
  2. Kemudian, masukkan udang kering dan masak hingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk kari, kicap pekat,sos tiram dan secawan air. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan cili padi, daun kari dan ayam yang susah digoreng tadi. 
  5. Biarkan mendidih dan ayam serapkan dalam perencah kam heong selama 3 hingga 4 minit dan untuk ayam masak sepenuhnya. 
  6. Akhir sekali, jika sudah mendidih and naik bau, angkat dan sedia untuk hidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Wan Sherliza(Facebook)

Boleh masak guna ni, memang berkualiti. Meh tengok sini: https://shope.ee/6Uyin8JqtO 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x